pages

Loading

Awas! Jimak tanpa berdoa, syaitan pon turut serta

Assalamualaikum,
Permulaan manusia daripada setitis air yang hina sehingga menjadi manusia yang sempurna, artikel ini berkaitan jimak/persetubuhan suami isteri.

Sabda Rasulullah S.A.W:
 

Maksudnya : Jika sesungguhnya seorang daripada kamu akan berjimak isterinya, lalu mengucapkan dengan nama ALLAH, Ya Tuhan kami jauhkanlah syaitan dari kami, dan jauhkanlah syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan kenikmatan kepada kami berdua. Nescaya ALLAH akan jadikan anak, yang tidak diganggu syaitan selama-lamanya. Andai kata suami isteri tidak membaca doa sebelum bersetubuh, maka syaitan turut bersama suami ketika mencampuri isterinya. Tidak hairan anak yang terhasil daripada persetubuhan berperangai seperti syaitan walaupun telah diberikan pendidikan yang secukupnya. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas ra.



Kita telah ketahui janji syaitan pada Allah S.W.T. dengan melihat firman Allah dan hadis Rasulullah. Jika melihat golongan muda di Malaysia dan mahupun dunia, kebanyakan anak-anak mudah menderhaka kepada ibu bapa, cuba kita fikirkan masalah biasa di kalangan remaja contohnya budaya rempit, dan persoalannya, adakah Ibubapa mereka tidak langsung menasihati mereka? siapalah ibubapa yang tak sayang anak sendiri, dengan mendidik untuk menjadi manusia yang baik walaupun pesanan hanya diberi walaupun seayat, pastinya Ibu Bapa melarang melakukan perbuatan demikin, dalam kuliah Tuan Guru Harun Din pernah memberitahu bagi anak-anak yang terlalu degil ini, kebarangkalian mereka mempunyai genetik jin, oleh sebab itulah anak ini mudah degil kerana sifat degil ini berkaitan dengan golongan jin, amat penting sekali doa sebagai senjata kita tak kira melaksanakan apa sekalipun kerana kita mempunyai musuh yang ghaib, iaitu syaitan terutama sekali untuk merancang zuriat. tak kiralah sama ada kita sebagai guru agama sekalipun jika hal sebegini memandang remeh dengan alasan hasil hubungan adalah halal kerana sudah berkahwin, dengan mudah syaitan berkongsi dan merasai apa yang kita rasai dalam menjalinkan hubungan seks, peringatan syaitan juga dapat merasai apa yang kita rasakan, sehingga lebih teruk lagi mampu mengambil alih jasad tubuh badan dengan merasuki mereka yang lemah kerohanian. Sebagai manusia ada kalanya kita lupa dan lalai, setiap perkara yang terlanjur , kita masih ada ruang dan peluang untuk memohon keampunan daripada Allah, Allah Maha Pengampun selagi mana pintu taubat masih terbuka dan Allah Maha Penyayang, supaya kesilapan yang lalu agar terampun dan dan mendoakan anak kita menjadi anak yang soleh sepertimana Ibubapa sentiasa bercita-cita untuk mendapat zuriat yang soleh/solehah. DOA ITU KAN SENJATA!


BACALAH DOA !!!

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...