Assalamualaikum
Syukur kepada Allah S.W.T diatas limpahan rahmat-Nya buat muslimin dan muslimat yang beriman dan selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
Blog ini pertama kalinya saya buat untuk tujuan perubatan islam, berkongsi jika ada pengalaman menarik dan sedikit sebanyak ilmu ini, (ada ka nak masuk blog ni? huhu) saya adalah antara pelajar Darussyifa sesi ke-2 di cawangan Alor Setar yang pengajiannya berlangsung di kediaman rasmi Menteri besar, Mentaloon, pertama kalinya dalam hidup saya sangat seronok dapat belajar dan dapat bertemu TUAN GURU DATO' HARUN DIN sebagai guru saya. Beliau adalah salah seorang ulama' perubatan islam yang menjadi idola saya.
Alhamdulillah syukur kepada Allah dan terima kasih buat Menteri Besar negeri Kedah, YAB.DATO'SERI HAJI AZIZAN BIN ABDUL RAZAK kerana banyak membantu cawangan Darussyifa' negeri Kedah berbanding cawangan yang lain di dalam Malaysia, dan dari pengetahuan yang saya dapat daripada USTAZ MOHD ALAWI dalam taklimat pertama pada hari pendaftaran sabtu 23.10.2010, Darussyifa cawangan Kedah adalah yang bongsu di dalam Malaysia, saya juga anak bongsu, rasa macam dijodohkan pula, hehe
Semoga ilmu yang akan saya dapat nanti mengisi ruang yang terlalu sikit/kosong didada, semoga ilmu ini menjadi amalan, dan dapat berkongsi apa yang patut untuk umat islam, insyaAllah
jika nampak kekurangan dari hasil tulisan saya yang lemah dan kesalahan dalam blog ini tegurlah, saya boleh berlapang dada dan boleh berbincang, insyaAllah
Wassalam